Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Najib Hadir Di Mahkamah...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke...

Perkhidmatan Grab Kurang, Pengguna...

KUALA LUMPUR - Ramai pengguna perkhidmatan e-hailing terpaksa mencari pengangkutan alternatif hari ini,...

Malaysia Tertarik Kaedah 1...

PUTRAJAYA - Malaysia tertarik dengan vaksin COVID-19 keluaran Johnson & Johnson berikutan penerima...

Neelofa Dijangkiti Influenza A,...

KUALA LUMPUR - Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa dijangkiti Influenza A selepas kembali...

Etiqa Bina Rumah Bagi Mangsa Banjir Hilang Kediaman

MACHANG – Etiqa Insurance & Takaful Berhad (Etiqa) bercadang membina rumah bagi menempatkan mangsa yang kehilangan kediaman akibat banjir dengan peruntukan antara RM6 juta dan RM7 juta.

Timbalan Presidennya, Ahmad Nasaruddin Hamzah, berkata sebanyak 75 peratus daripada peruntukan itu akan digunakan untuk pembinaan rumah di Kelantan manakala bakinya di Pahang.

“Langkah itu sebagai usaha untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah penempatan semula mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan rumah akibat bencana banjir bulan lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di beberapa kampung di Pulai Chondong di sini, malam tadi.

Ahmad Nasaruddin berkata, pihaknya akan menggunakan konsep reka bentuk dan kos yang ditetapkan oleh kerajaan pusat bagi pembinaan setiap rumah berkenaan.


Beliau berkata, bagi penduduk yang hilang punca pendapatan akibat banjir, pihaknya akan menggalakkan mereka berniaga secara kecil-kecilan.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan antaranya tong gas, dapur, kain telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala kepada 280 penduduk. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori