MILAN – Penyerang Everton dari Cameroon, Samuel Eto’o dilaporkan semakin menghampiri persetujuan menandatangani kontrak beraksi untuk kelab Serie A Itali, Sampdoria.
Media Itali melaporkan, Eto’o dikaitkan dengan Sampdoria sejak beberapa minggu lalu dan pemain itu sudah bersetuju dengan syarat yang diletakkan oleh kelab dari Genoa.
Laman web sukan Rai Sport melaporkan, perjanjian berkenaan dikatakan secara praktiknya sudah selesai dan Eto’o dijangka tiba ke Itali beberapa hari lagi.
Pengurus Everton, Roberto Martinez membayangkan Rabu lalu bahawa Eto’o mungkin akan meninggalkan Goodison Park selepas mendedahkan terdapat dua kelab berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang itu.
Eto’o, 33, gagal menyumbat sepakan penentuan penalti yang menyaksikan Everton tersingkir ada pusingan ketiga Piala FA ke atas West Ham United, Selasa lalu.
Martinez bingkas berkata, masa depan penyerang veteran itu di Everton masih dibincangkan. – AFP