Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keupayaan Kamera Pengawasan Hidupan...

SEPANG -- Keupayaan ketersambungan dan isyarat kamera pengawasan hidupan liar di Taman Negara...

Cari Pendekatan Bantu Perniagaan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Presiden Perancis Diberi Sambutan...

KUALA LUMPUR - Presiden Perancis Francois Hollande, yang dalam rangka lawatan dua hari...

Pembangunan Atas Bukit Diluluskan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima 30 permohonan pembangunan...

Felda Sasar 5,000 Anak Peneroka Sertai Bidang Kemahiran

GUA MUSANG – Felda menyasarkan kira-kira 5,000 anak peneroka di seluruh negara menyertai kursus kemahiran tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan Pembangunan Generasi Baharu Felda Datuk Amir Hamdan berkata Felda akan menyediakan pelbagai kursus untuk anak peneroka supaya masa depan mereka lebih terjamin.

“Pada tahun lepas, kami menyasarkan 5,000 anak peneroka Felda menyertai kursus kemahiran tetapi sasaran mencapai 3,500 orang sahaja. Jadi, kami berharap mereka tidak melepaskan peluang itu kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran program ‘Jamboree Mountainbike (MTB) Felda Challenge 2014’ oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Datuk Nozula Mat Diah di Felda Chiku 1 di sini, hari ini.


Amir berkata Felda akan membantu anak peneroka selepas tamat kursus dengan memberi pelbagai kemudahan termasuk pinjaman modal mengikut kemampuan perniagaan yang dijalankan.

“Kita berharap apabila mereka tamat pengajian nanti dapat pulang ke tanah rancangan masing-masing untuk menjalankan perniagaan sendiri sekaligus dapat hidup berdikari,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Felda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori