Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sesak Nafas: 9 Mangsa...

PETALING JAYA - Sebanyak sembilan mangsa baru yang didapati mengalami simptom sesak nafas...

Tingkat 9 Dan 10...

KUALA LUMPUR - Kebakaran berlaku di tingkat 9 dan 10 Bangunan Menara Dua, Ibu...

Syahid Akhirat Buat 2...

JOHOR BAHRU - Kematian dua anggota polis dalam serangan berdarah Balai Polis Ulu...

Edar Dadah: Kontraktor Ke...

GEORGETOWN - Seorang kontraktor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di...

Fesyen ‘Sampah’ Bakal Jadi Fesyen Hangat?

LONDON – Topi beg plastik, bakal menjadi fesyen hangat untuk musim luruh dan sejuk 2015 bagi lelaki?.

Sukar dipercayai namun itu yang cuba disampaikan oleh seorang pereka fesyen, Christopher Shannon, yang merekanya pada pertunjukan fesyen at London Collections: Men, pada hujung minggu lalu.

Pereka fesyen itu mengenakan plastik beg tersebut untuk kebanyakan model lelakinya di bahagian kepala dan muka.

Kebanyakan beg plastik itu berwarna putih, hitam dan berbelang.

Ia turut ditebuk di bahagian depan supaya model terbabit dapat melihat laluan di depan mereka.

Shannon mendapat pendidikan di sekolah fesyen lagenda Central Saints Martins dan pernah berkhidmat dengan fereka fesyen terkenalsebelum ini.


Beliau mempunyai label sendiri dan reputasinya dibina dengan mereka pakaian lelaki dalam kontemporari dan sulaman yang aneh.

London Collections: Men hampir sama dengan Minggu Fesyen London.

Meskipun ia tidak sepopular Minggu Fesyen London namun ia diadakan dalam usaha mencari bakat baru yang kreatif dan dapat mengkomersialkan jenama Britain serta bakat mereka.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori