Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Fesyen ‘Berani’ Tasha Shilla...

NAMPAKNYA persalinan yang digayakan pelakon Tasha Shilla sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila aktres...

T’ganu Tubuh Pasukan Khas...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan satu pasukan khas untuk membanteras gejala...

England Tersingkir, Rooney Dikelilingi...

IBIZA - Wayne Rooney dilihat memilih untuk menenangkan fikirannya dengan pergi bercuti di Pantai...

Polis Siasat 4 Kes...

KUALA TERENGGANU - Polis akan menjalankan siasatan berhubung empat kes penyalahgunaan kad pengenalan...

Filipina Berkabung 44 Komando Maut Lawan Militan Pemisah

Presiden Beningno Aquino bertafakur ketika pilu melihat keranda anggota komando Filipina yang maut diserang hendap militan pemisah Mindanao minggu lalu.

MANILA – Seluruh Filipina pada Jumaat berkabung secara setentak bagi memperingati 44 anggota komando polis kebangsaan yang terbunuh dalam satu operasi antipengganas terbesar di kepulauan Mindanao pada Ahad minggu lalu, lapor media tempatan.

Ketika rakyat negara tersebut masih bersedih dengan insiden berdarah itu, penganalisis keselamatan tempatan pula mempertikaikan prosedur operasi standard yang menyebabkan angka kematian amat tinggi dan memalukan bagi sebuah pasukan elit.

Tragedi mengaibkan imej komando itu turut mengingatkan rakyat kepada peristiwa penawanan sebuah bas pelancong di Rizal Park di sini oleh seorang pegawai polis yang mengamuk kerana dibuang kerja secara salah pada 23 Ogos 2010.

Dalam insiden itu, suspek dan lapan pelancong warga Hong Kong maut manakala tujuh lagi pelancong lain dan dua orang awam cedera parah setelah komando polis menyerbu kenderaan tersebut tanpa mengikut langkah operasi pembebasan sewajarnya.

Presiden Filipina, Benigno Aquino dalam pada itu ketika menghadiri upacara khas di Manila turut mengadakan pertemuan singkat dengan ahli keluarga komando polis berkenaan yang maut diserang hendap kumpulan pemberontak Mindanao minggu lalu.

Seorang wanita Muslim Filipina sebak sedih memangku anak kecilnya di sisi keranda seorang anggota komando polis beragama Islam yang terbunuh diserang hendap militan minggu lalu.

“Saya turut merasai penderitaan anda. Saya berikrar akan bawa keadilan kepada semua yang terbunuh,” ujar Aquino sewaktu mengulas peristiwa malang itu yang melibatkan kematian terbesar anggota unit khas polis Filipina dalam satu hari sahaja.


Hampir 400 anggota komando terlibat dalam operasi khas itu sebelum 44 daripadanya terbunuh setelah mereka diserang hendap ribuan anggota militan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF).

MILF yang pernah menandatangani persetujuan damai dengan Manila pada tahun lalu, bagaimanapun menegaskan anggota mereka terpaksa bertindak demikian sebagai mempertahankan diri, dan berjanji akan komited meneruskan proses damai.

Operasi tersebut pada asalnya bagi memburu seorang pembuat bom warga Malaysia, Zulkifli bin Hir atau disebut Marwan, yang dituduh terlibat dalam tragedi pengeboman di Bali, Indonesia pada 2002, dan militan Filipina, Abdul Basit Usman.

Namun, kumpulan pemberontak menyalahkan pihak polis Filipina kerana gagal menyelaraskan operasi anti pengganasan itu, sehingga tercetusnya kejadian berbalas tembakan yang meragut nyawa puluhan anggota komando tersebut. – Agensi

Seorang wanita menarik anaknya yang menangis sambil memegang keranda bapanya yang maut dalam pertempuran antara komando Filipina dengan militan Mindanao.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori