Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

PRU15: Andi Suryady Menang...

TAWAU : Calon Barisan Nasional (BN) merangkap Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah,...

Ramai Kecewa Jalan Batang...

HULU SELANGOR - Penutupan jalan Batang Kali ke Genting berikutan kerja pembaikan cerun...

Elfira Bengang, Mulut Jahat...

PENAT dengan tuduhan melampau kononnya sudah mempunyai pengganti selepas putus tunang dengan Sufian...

Twitter Kini Memudahkan Anda...

TWITTER sememangnya merupakan salah satu laman sosial terkemuka selain Facebook, di mana proses...

Filipina Kurung Budak Jalanan Sempena Lawatan Pope Francis

USAI lawatan ke Sri Lanka, pemimpin agama Kristian Roman-Katolik dunia Pope Francis mengadakan lawatan rasmi ke Filipina dengan tema “belas kasihan”.

Bagaimanapun, tema itu tidak menggambarkan apa yang sepatutnya.

Berikutan lawatan itu, beberapa kumpulan kanak-kanak jalanan dikatakan telah ditangkap Kerajaan Filipina dan dikurung di dalam penjara dan pusat tahanan bersama-sama penjenayah dewasa bagi mengelakkan mereka berkeliaran ketika lawatan Pope berkenaan, pada Rabu.

Filipina_5

Tujuannya untuk menyembunyikan imej kemiskinan di ibu kota Filipina, Manila yang sebenarnya teruk.

Tinjauan dilakukan akhbar MailOnline mendedahkan, kanak-kanak itu ditahan di pusat tahanan yang kotor dan terpaksa tidur di atas lantai simen yang sejuk.

Laporan DailyMail UK pula memaklumkan ada kanak-kanak telah digari kerana kelakukan mereka tidak dapat dikawal dan ada yang dipukul oleh tahanan lain selain dibiarkan kelaparan.


Kanak-kanak ini terpaksa digari pada tiang besi kerana kelakuannya sukar dikawal di sebuah pusat tahanan di Filipina.
Kanak-kanak yang digari pada tiang besi kerana kelakuan sukar dikawal di sebuah pusat tahanan di Filipina.

Kira-kira enam juta orang dijangkakan menghadiri perhimpunan besar-besaran oleh Pope Francis di Rizal Park pada Ahad ini yang akan turut disaksikan di seluruh dunia melalui televisyen.

Jadi, kerajaan Filipina dikatakan melakukan tindakan itu bertindak begini untuk mengelakkan daripada gambaran sebenar itu disaksikan.

MailOnline mendakwa berjaya mendapat akses ke pusat tahanan selepas mengikut Pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang juga paderi Shay Cullen, 71, mengusahakan pembebasan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari situ.

Kanak-kanak itu kini diletakkan di sebuah rumah perlindungan. – MYNEWSHUB.CC

Pope Francis Tinggalkan Sri Lanka

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori