Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

JDT Selangkah Pertahan Kejuaraan...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan...

Video: Seret, Pukul Ibu...

HANYA kerana menuntut hutang, seorang wanita tergamak memukul dan menyeret ibunya sendiri dalam...

Azadan Rabbani Akui Ada...

KETUA kumpulan nasyid Rabbani, Azadan mengakui dirinya mempunyai kebolehan untuk merawat pesakit yang...

USM Hasil Makanan Tambahan...

GEORGETOWN - Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan makanan tambahan kepada ayam...

Firefly Lancar Promosi Tahun Baharu

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan premium jarak dekat Malaysia, Firefly, melancarkan promosi Tahun Baharu untuk destinasi dalam negara pada harga inklusif serendah RM50 sehala.

Promosi jualan ‘Now That’s What I Call Flying’ bermula 5 Jan, 2015 hingga 18 Jan, 2015, untuk perjalanan mulai 19 Jan, kata Firefly menerusi satu kenyataan.

Tiket untuk destinasi antarabangsa Firefly juga ditawarkan pada harga promosi bermula RM105, untuk destinasi yang meliputi Singapura, Krabi, Phuket dan Koh Samui.

“Kami memulakan semangat Tahun Baharu dengan menawarkan rakyat Malaysia dan pelancong pilihan perjalanan dalam negara untuk menikmati musim panas menerusi pelbagai perkhidmatan baharu yang kami tawarkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ignatius Ong.

Sementara itu, pusat pengumpulan sumbangan Firefly di Terminal Subang Skypark ditutup sementara sehingga esok dan akan dibuka semula pada 4 Jan, 2015.


Sebuah lagi pusat pengumpulan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga ditutup sementara dari 3 hingga 6 Januari, 2015 dan dijangka beroperasi pada 7 Jan.

Semua pusat termasuk di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ditutup sementara pada 5 petang, 9 Jan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori