Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

71 Peserta PABM Dirai...

PUTRAJAYA - 71 peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2015...

KPM Terima Laporan Awal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sudah menerima laporan awal berhubung kejadian seorang murid...

103 Individu Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Walaupun lebih empat kali diserbu pihak berkuasa pada 2017 sehingga...

M’sia, Indonesia Rancang Perbaharui...

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) merancang untuk memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penerangan...

Firefly Tawar Tambang RM88 Untuk Destinasi Domestik

KUALA LUMPUR – Firefly Airlines menawarkan promosi terhad RM88 bagi tambang sehala ke semua destinasi domestik sempena sambutan Tahun Baharu Cina, mulai hari ini hingga 8 Februari.

Mengikut kenyataan Firefly Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Penerbangan Malaysia (MAS), tempoh perjalanan bermula sekarang hingga 24 Oktober 2015.

Tiket untuk destinasi antarabangsa seperti Medan, Batam dan Pekanbaru di Indonesia, Singapura, Koh Samui dan Krabi di Thailand ditawarkan tambang bermula dari RM88 hingga RM288.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ignatius Ong, berkata promosi RM88 sempena tahun kambing itu adalah antara cara syarikat itu menghargai pelanggan mereka.


“Kami harap tambang yang berpatutan ini akan membolehkan lebih ramai pelanggan menaiki kapal terbang dan merasai pengalaman terbang dengan cara Firefly,” katanya.

Syarikat itu akan menerima empat pesawat baharu tahun ini sekali gus membolehkannya menambah kekerapan laluan sedia ada dan memperkenalkan destinasi baharu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori