Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Aksi Terlampau Awek Cun...

Adalah normal bagi seorang perempuan mengambil gambar dengan binatang kesayangan mereka.Tapi aksi awek...

2,842 Kes Positif Covid-19...

PUTRAJAYA – Kes harian kekal di bawah angka 3,000 dengan 2,842 kes positif...

PBB Kecam Menteri Israel...

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam kenyataan seorang menteri kanan Israel yang mahu...

Belum Cadang Ketum Ubat...

BALIK PULAU - Kerajaan tidak bercadang menjadikan ketum sebagai ubat tahan sakit atau...

Mesej Dari Rosyam Nor Buat Fizo Omar Terharu

PETALING JAYA – Pelakon Fizo Omar mengakui berasa rendah diri ketika diberi peluang untuk bergandingan dengan pelakon-pelakon ternama seperti Adi Putra dan Liyana Jasmay dalam filem terbaharu berjudul Isyarat Cinta.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, dia cekalkan hati untuk terus bersaing biarpun menyedari dirinya bukan bertaraf bintang filem untuk berlakon di samping nama-nama besar dalam industri.

“Sebenarnya saya sudah lama tidak berlakon filem dan saya rasa kecil bila dapat diletakkan sebaris denRasa ‘Kecil’ Berlakon Di Samping Adi Putra, Liana Jasmaygan nama-nama popular seperti Adi Putra dan Liyana Jasmay dalam filem Isyarat Cinta ini.

“Walaupun sudah tujuh tahun dalam industri, saya akui branding nama saya tidak sekuat pelakon yang bertaraf bintang filem.

“Filem-filem yang saya lakonkan sebelum ini pun tidak popular dan hanya watak-watak kecil sahaja. Saya harap filem Isyarat Cinta ini dapat memberi rezeki kepada saya untuk sebaris dengan bintang filem lain,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia terharu dengan penerbit filem tersebut iaitu Datuk Rosyam Nor yang memuji lakonan mantapnya dalam menghidupkan jalan cerita filem itu.

Isyarat cinta
Fizo (kiri) bersama Liyana Jasmay dan Adi Putra dalam Isyarat Cinta.

Katanya, Rosyam ada menghantar mesej secara peribadi memuji lakonan yang diberikan dalam filem itu.

“Saya belum tengok sepenuhnya lagi filem ini tetapi abang Rosyam ada mesej saya memuji lakonan dalam filem itu.

“Ketika itu memang rasa terharu sangat dapat pujian begitu daripada seorang pelakon dan penerbit yang sangat saya kagumi,” ujarnya.


Sementara itu, Fizo berkata, 2015 ini merupakan tahun untuk dia kembali aktif dalam dunia hiburan.

Dia mengambil keputusan untuk aktif selepas melihat perniagaan Hot Burger yang diusahakan setahun lalu kini semakin stabil.

“Insya-Allah tahun ini saya akan kembali aktif semula dalam industri selepas tahun lalu saya agak memperlahankan kerjaya kerana fokus kepada perniagaan.

“Perniagaan Hot Burger kini sudah ada lebih seratus outlet dan semakin stabil,” ujarnya.

Filem Isyarat Cinta bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 19 Mac depan.

Bagaimanapun satu tayangan amal perdana bagi membantu mangsa-mangsa banjir akan diadakan pada 4 Mac depan di Cathay e-Curve Damansara anjuran bersama Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Selain jualan meja untuk korporat, tiket-tiket untuk orang awam bagi tujuan amal turut disediakan iaitu RM100, RM300, RM500 dan RM1,000.

Individu yang berminat untuk menonton sambil menderma bolehlah menghubungi atau hantarkan mesej kepada nombor 017-3813563. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori