Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lori Bawa Muatan Daging...

KUANTAN – Sebuah lori dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur yang membawa muatan...

Pemberian Vaksin COVID-19 Hampiri...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin sudah diberikan setakat...

UiTM Muncul Juara Keseluruhan...

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan Sukan Institusi Pengajian...

Logo PKR: Pakatan Harapan...

PUTRAJAYA — Pakatan Harapan perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan penggunaan...

Fizz Fairuz Dedah Wajah Anak Lepas Almy Habis Pantang

SEKARANG ni menjadi anak selebriti pun turut mendapat tempias glamor yang sama seperti mana ibu dan ayahnya.

Walaupun masih lagi berada dalam kandungan si ibu, pastinya ramai peminat di luar sana yang dah tak sabar nak tengok wajah comel anak pasangan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia.

Almy dijangka bersalin pada 27 Februari depan.

Fizz sementara itu mengatakan dia hanya akan mendedahkan wajah anak sulungnya itu selepas 44 hari kelahirannya.

Bukan berniat untuk menyembunyikan wajah anaknya tapi Fizz hanya mengikut amalan dan pantang larang orang dulu-dulu.

“Bukan hendak sorok, lagipun sebelum ini kami sudah beritahu yang kami berkahwin, akan timang cahaya mata dan tentunya umum ingin tahu perkembangan seterusnya.


“Memang kami akan kongsikan gambar anak tapi seelok-eloknya bak kata orang tua-tua, biarlah sehingga Almy habis berpantang dulu.

“Saya ada bertanyakan kepada doktor, boleh atau tidak bayi yang belum cukup 44 hari kena ‘flash’ (kamera), doktor kata, terpulang kepada kami.

“Sama seperti kalau bayi kita kena sakit kuning. Kalau di kampung, ada yang amalkan amalan jemurkan budak itu di tengah matahari pagi. Kata doktor, kadang-kadang kita pun tidak tahu sama ada ‘flash’ itu ada bakteria atau tidak,” katanya memetik Malaysian Digest.

Tak kisahlah, yang penting kita hormat permintaan Fizz dan Almy, yang penting kita doakan sahaja agar proses bersalin Almy kelak akan berjalan lancar dan kedua-dua ibu dan anak selamat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori