Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ketumbuhan 26kg Dikeluarkan Dari...

SWANSEA, Britain - Seorang wanita merasakan seolah-olah ‘melahirkan’ tujuh bayi serentak selepas menjalani...

Rakyat Singapura ‘Terhibur’ Dengan...

JIKA di Malaysia, nombor plat 1M4U yang terdapat pada sejumlah kenderaan lazim dilihat...

Tiada Provokasi Melampau Pada...

TUMPAT - Tiada provokasi melampau dilakukan penyokong parti-parti sepanjang proses penamaan calon pilihan...

Warga Emas Derita Penyakit...

KUALA NERANG - “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul”. Itulah perumpamaan yang...

Foto: Majlis Berendoi Anak Johan Raja Lawak Bak Majlis Kahwin

TAHUN lepas melakar sejarah buat ramai selebriti tempatan apabila dikurniakan cahaya mata.

Jadi ramailah selebiti yang mengadakan majlis berendoi bagi meraikan kesyukuran atas kelahiran anak mereka.

Jika sebelum ini, Rozita Che Wan dan Zain Sain meraikan majlis bagi bayi comelnya, kini tiba pula giliran buat puteri milik Johan Raja Lawak dan pasangan, Ozlyn.

Menariknya, majlis berendoi yang diadakan buat bayi, Nur Latifah Chantiq Hanania meriah bak majlis perkahwinan.

Siap tersergam indah pelamin buat sesiapa yang berminat untuk bergambar merakam kenang-kenangan.

10899410_962822870414276_1206741629_n BERSYUKUR dengan kelahiran Nur Latifah Chantiq Hanania. KEHADIRAN anggota keluarga memberi makna besar.

 

Bukan sekadar dekorasi malah acara-acara menarik seperti cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Wahh… nampaknya Johan dan Ozlyn berhabis-habisan demi melangsungkan majlis demi puteri sulung mereka yang baru berusia 48 hari ini.

Sebenarnya, pada masa yang sama majlis tersebut turut meraikan putera ketiga mereka, Ahmad Haziq Hanania yang berusia dua tahun.


10890786_316114581931959_27226083_n

Majlis dilangsungkan di Villa Casa Heliconia, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Sharifah Shahira, Raja Azura, Fasha Sadha dan beberapa artis lain turut hadir mencuri tumpuan pada hari itu.

10932444_843921879002027_1880237552_n10919640_853824641325872_1498528158_n

AKSI ceria Ozlyn bersama Ezad Lazim, Raja Azura dan Amyza.

Ozlyn melahirkan Nur Latifah Chantiq Hanania pada 25 November lalu sekali gus mengakhiri penantiannya dan Johan yang begitu inginkan cahaya mata perempuan memandangkan anak-anak sebelum ini kesemuanya ‘hero’ belaka. – MYNEWSHUB.CC

Video Lawak Johan Dan Isteri

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori