SEPERTI diketahui ramai, penyanyi terkenal Nurul Wahab atau lebih dikenali sebagai Nurul Depp telah selamat melahirkan anak lelaki pada 15 Januari yang lalu.
Terbaharu menerusi laman blognya, Nurul telah mendedahkan nama sebenar bayi itu yang selama ini digelar ‘Baby R’ kepada para peminatnya.
“Sempena hari Jumaat yang berkat ini, aku dan keluarga memutuskan untuk memperkenalkan ahli keluarga terbaru kami pada semua. Juga untuk memuaskan permintaan semua peminat. Inilah dia Baby R atau nama penuhnya RAPHAEL DEPP. Kami sekeluarga menggunakan nama singkatan RAFFA.
Oh yer, walaupun nama tersebut kedengaran seperti nama mat saleh, sebenarnya ianya mempunyai makna yang indah taw dalam Islam.
Tak percaya? Jom dengar penjelasan Nurul perihal makna anak yang diberi ini.
“Aku pasti ramai nak tahu maksud sebenar Raphael, hanya ejaan mat saleh sikit. Tapi bagi aku bunyi sebutan dan ikut ejaan melayu, tetap ada maksudnya tersendiri. Aku tahu ramai yang akan ‘berbunyi’ bila tahu nama ini. Aku ada sebab yang tersendiri untuk memilih ejaan sedemikian. Hanya ejaan… maksudnya seperti di bawah yang dicari melalui Google oleh adik aku Wahida dan juga teman baik aku dan Eric iaitu Yus Alighor…
“Sedikit lagi info tentang nama Raphael juga. Yang ini kalian boleh Google. Memang ada. Ianya dicari oleh ‘Atok Uncle’ aku. (memang gelak lah kawan baik aku tu kalau baca part ini) Katanya, nama Raphael adalah di dalam bahasa Hebrew dan di dalam Islam, nama itu sebenarnya adalah Israfil. Malaikat peniup sangkakala ketika tibanya hari kiamat. Ianya juga membawa maksud penyembuh. Google ya nanti!” tambahnya.
Lebih teruja, Nurul Depp turut berkongsi wajah bayinya itu untuk tatapan peminat-peminatnya yang selama ini tidak sabar-sabar melihat wajah bayi polos milik selebriti ini.
Masyallah.. apa yang boleh kami katakan bayi ini teramatlah comel malah saling tak tumpah kulit bapanya yang berketurunan mat saleh itu. – MYNEWSHUB.CC