BAGAI rezeki datang bergolek, demikian tuah yang diperolehi pelakon jelita, Fouziah Gous apabila dia disunting menjadi hos Nona bermula tahun ini.
Minatnya yang ingin mencuba ke arah bidang pengacaraan termakbul tatkala rancangan popular menerusi saluran TV3 tersebut memberi mandat dan kepercayaan kepadanya untuk mengelola berseorangan.
Kemunculannya dalam rancangan tersebut sekaligus menggantikan pengacara sebelum ini iaitu Neelofa dan Fara Fauzana.
Pada masa sama, Fauziah Gous turut meluahkan keterujaannya menerima tawaran yang tidak diduga tersebut.
“Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang.
“Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima. Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon.” ujarnya.
Sementara itu, Fouziah Gous mengakui yang dia terpaksa menolak mana-mana tawaran lakonan buat tahun ini bagi menumpukan perhatian terhadap pengacaraan yang baru diceburi ini.
“Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain.
“Saya tak mahu berjanji besar tapi akan cuba mempersembahkan yang terbaik untuk mandat ini. Apa saja kekurangan akan saya perbaiki,” katanya.- MYNEWSHUB
VIDEO PERNIKAHAN FOUZIAH GOUS
https://www.youtube.com/watch?v=7395Yz1b8ZE