Kami yakin abang ‘sado’ ini pun tak sangka gambarnya membeli tuala wanita untuk mangsa banjir boleh viral di laman sosial.
Selepas diselidiki, rupanya tuan empunya diri bernama Abdul Rahman Abdullah.
Ternyata ramai yang memuji ‘keberanian’nya membeli tuala wanita yang sehingga kini masih dianggap taboo oleh sesetengah lelaki.
Bagi kami, tidak ada apa yang perlu dimalukan jika membeli tuala wanita kerana ia merupakan keperluan harian yang cukup penting dan sudah jadi lumrah buat mereka yang bergelar wanita.
Mujurlah pada zaman moden ini, sudah ramai lelaki sanggup membelikannya untuk isteri, ibu atau adik-beradik perempuan mereka tanpa rasa segan khususnya ketika membayar di kaunter.
Apapun, komen yang satu ini buat kami tergelak besar. Haha!
Hai, untunglah abang ‘sado’… – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=O2UFo75mLPc
Oleh: ELZA