Keadaan banjir di Pahang buat masa ini masih lagi belum surut dan majoriti mangsa banjir ditempatkan di pusat penempatan sementara.
Antara tempat yang terjejas teruk adalah Temerloh di mana sebahagian bandarnya ditenggelami air sehingga terputus hubungan jalan darat.
Ekoran itu, kerabat DiRaja Pahang mengambil kesempatan menjenguk mangsa banjir di negeri tersebut.
Antara yang turun padang termasuklah cucunda Sultan Pahang iaitu anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Shah.
Ternyata baginda amat ringan tulang apabila dilihat bergotong-royong memasak bersama dengan mangsa banjir sekaligus memberi impak positif kepada rakyat jelata yang sedang mengalami kesusahan.
Tengku Hassanal juga nampak bersahaja bergaul dengan semua orang dan sering mengukir senyuman kepada mangsa banjir.
Sumber: MURAI
VIDEO KANAK-KANAK GENIUS MATEMATIK, ADI PUTRA ‘MENASIHATI’ SULTAN PAHANG