Sesi persekolahan yang baru bermula nampaknya meriah dengan pelbagai gambar anak-anak ke sekolah.
Baik yang menyambung persekolahan mahupun yang baru mula memasuki alam persekolahan.
Seronok kami melihat karenah dan telatah anak-anak terutama yang baru pertama kali memasuki alam persekolahan.
(DISYORKAN BACA – Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?)
Namun hati kami sedikit terusik apabila terpandang beberapa gambar persekolahan di negeri Kelantan yang dilanda bencana banjir.
Beberapa keping gambar di bawah sudah cukup membayangkan betapa sukarnya keadaan persekolahan di sana.







Bertabahlah wahai adik-adik  yang telah memulakan sesi persekolahan lebih-lebih lagi di kawasan terjejas teruk seperti Manik Urai dan Kuala Krai.
Kami bangga dengan sikap pelajar-pelajar di sana yang walaupun serba kekurangan, semangat mereka untuk ke sekolah tidak pernah luntur.
Gambar gambar ini dikumpul daripada pelbagai sumber seperti Facebook ,WhatsApp dan beberapa portal.
Sekiranya anda mempunyai lebih banyak gambar, boleh kongsikan kepada kami di sini.-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd