WELLINGTON – Gempa kuat 5.6 magnitud melanda Pulau Selatan New Zealand awal pagi ini namun tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kehilangan nyawa.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berpusat di kedalaman of 10 kilometer yang berlaku jam 6.48 pagi waktu tempatan.
Pusat gegaran gempa terletak di 45km dari pekan terdekat Methven, dan 101km dari Bandaraya Christchurch. – AFP