MEXICO – Seorang lelaki yang berlumuran darah dengan gunting terpacak di kepala, mengejutkan hospital apabila dia datang ke situ dalam keadaan penuh sopan santun.
Malah, Jonas Acevedo Monroy, 32, digelar ‘The Gentleman’ kerana meminta bantuan kepada kakitangan hospital dengan baik.
“Kami terkejut apabila melihat dua lelaki masuk ke hospital dengan gunting terpacak di kepala salah seorang daripada mereka.
“Lelaki yang cedera itu memberitahu jururawat bahawa dia mengalami sedikit masalah dan bertanya sama ada jururawat itu boleh membantunya dalam keadaan penuh sopan,’’ kata jurucakap hospital.
Menurutnya, pada mulanya kakitangan hospital menyangka Jonas hanya bergurau namun apabila dia pengsan, mereka terus mengejarnya ke unit kecemasan.
Jonas telah ditikam di bahagian atas tengkorak dan doktor menyifatkannya sebagai bernasib baik.
Dia diserang oleh seorang lelaki yang cemburukannya ketika sedang minum di sebuah bar di Chiuahua.