DEK kerana tidak mahukan anak perempuan, seorang bapa di Tripura, India nekad menanam anak perempuannya hidup-hidup.
Abdul Hussein, dituduh cuba menguburkan anak perempuannya yang berusia 10 tahun hidup-hidup atas alasan yang tidak munasabah iaitu ‘dia adalah seorang gadis’.
Polis berkata, saksi melihat Abdul Hussein menggali sebuah lubang di taman belakang rumah ketika isterinya keluar, dan kemudian meletakkan anaknya dalam lubang dengan tangannya diikat dan mulut ditutup.
Suspek dikatakan telah menimbus tanah sehingga paras dada, apabila gambar yang diambil menunjukkan kanak-kanak perempuan dengan tangan terikat dan kepala dikotori tanah.
Apabila isterinya pulang, suspek cuba menyembunyikan kegiatannya dengan meletakkan bakul buluh di atas kepala anak perempuan mereka, dengan niat untuk meneruskan perbuatan tersebut selepas itu.
Tetapi, isterinya mula mempersoalkan di mana anak mereka, dan perbuatannya mula dibongkarkan oleh jiran-jiran yang melihat kejadian terbabit. Mereka bertindak memukul suspek sebelum memanggil polis. -MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd