Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Tanah Runtuh...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berlaku runtuhan sekali lagi di kawasan tanah runtuh...

Aset, Anggota TUDM Sedia...

IPOH - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bersiap siaga untuk menggerakkan aset...

Kehadiran Kapal Pengawal Pantai...

KUCHING - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kehadiran kapal pengawal...

Perkasa Terengganu Bantu Waris...

MARANG - Persatuan Kebajikan Islam (Perkasa) Terengganu hari ini, menyumbang RM23,000 kepada keluarga...

Gotong-Royong Perdana Bersih Kawasan Dilanda Banjir Di Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan gotong-royong perdana membersihkan sampah sarap di beberapa jajahan yang terjejas akibat banjir esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata mesyuarat diadakan bersama semua pegawai daerah hari ini bagi tujuan pelaksanaan gotong-royong berkenaan.

Gotong-royong itu akan ditumpukan di kawasan bandar dan taman perumahan sebelum diteruskan ke kawasan lain, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata aktiviti itu akan melibatkan beberapa pihak termasuk syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pertubuhan bukan kerajaan.


“Kita amat mengalu-alukan bantuan mana-mana pihak yang boleh menambah jumlah jentolak dan lori untuk mengangkut sampah sarap ke tapak pelupusan,” katanya.

Mengenai air yang dibekalkan AKSB, beliau berkata berikutan tekanan air masih rendah, penggunaan air lebih diutamakan untuk kegunaan asas seperti memasak dan minum. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori