Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PAS Tetap Bentang RUU...

MARANG - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap akan membentangkan Rang Undang-undang...

48 Saman Terhadap Penunggang...

TAIPING - Sebanyak 48 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal remaja atas pelbagai kesalahan...

Mahkamah Beri Amaran Keras,...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memberi amaran kepada bekas personaliti...

Taylor Swift Himpun ‘Adiwira’...

PENYANYI popular, Taylor Swift sedang mengumpul adiwiranya tersendiri untuk muzik video terbarunya yang...

Guru Dipukul Pelajar Hanya Kerana Rampas Telefon Bimbit

NEW JERSEY – Gara-gara marahkan gurunya yang merampas telefon bimbit, seorang remaja bertindak ganas apabila `bergusti’ dengan guru sendiri.

Pelajar itu yang berusia 16 tahun, hilang kawalan terhadap guru Fiziknya yang berusia 62 tahun di sekolah tinggi John F. Kennedy.

Video pergelutan itu sempat dirakamkan pelajar di kelas terbabit. Ia memperlihatkan pelajar itu memegang pinggang gurunya dan menghempas lelaki itu ke atas meja.

Sementara pelajar lain hanya mampu menjerit kerana terkejut tetapi tidak seorang pun cuba menghentikan perbuatan kurang ajar rakan sekelas mereka itu.

Pelajar terbabit digantung sekolah dan turut didakwa kerana mengakibatkan kecederaan.

Dalam pada itu, seorang bekas guru di sekolah yang sama, Lee McNulty, berkata, guru terbabit tidak melakukan sesuatu ketika dipukul.


“Adalah jelas bahawa golongan guru takut kehilangan pekerjaan, justeru mereka tidak boleh memukul semula pelajar,” katanya.

Persatuan guru dilaporkan kecewa kerana pelajar lain tidak membantu guru terbabit.

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori