KUALA LUMPUR – “Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melepaskan ‘bom jangka’ dalam Harakah semalam,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kata beliau, impak daripada ‘bom jangka’ itu mengundang kekesalan dalam kalangan pimpinan dan ahli DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan parti sekutu dalam pakatan pembangkang.
“Saya tidak pernah sangka akan ada seorang daripada pimpinan pembangkang menggunakan tragedi 13 Mei untuk menakutkan masyarakat.
“Hadi juga membuat kesilapan yang besar apabila menyentuh tentang soal perkauman kerana mendakwa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kaum Cina merebut kuasa politik di kawasan bandar,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Abdul Hadi baru-baru ini menggesa DAP membatalkan niat untuk melaksanakan pilihan raya PBT yang disifatkannya akan mewujudkan monopoli satu kaum di bandar.
BACA: DAP-PAS Bercakar Lagi! Akhirnya Hadi Bersuara
Presiden PAS itu juga melahirkan kebimbangan pilihan raya PBT itu boleh mencetuskan semula tragedi rusuhan kaum 13 Mei di negara ini. -MYNEWSHUB.CC