Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TMJ Tak Minat Terajui...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak berminat untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),"...

VIDEO: Alamak.. Spiderman Pengsan...

DALAM sekuel filem, aksi Spiderman sememangnya sangat lasak dan hebat dengan lompatan dari...

Aneh… ‘Lautan’ Cacing Keluar...

PENDUDUK di Hulu Terengganu digemparkan dengan kehadiran 'lautan' cacing yang keluar melimpah secara...

Apabila Media Sosial Jadikan...

FACEBOOK bulan lalu mengumumkan capaian 2 bilion pengguna. Satu angka gempar kerana ia...

‘Tak Salah Derma Organ, Malah Ia Satu Amal Jariah ..’

PENGANUT Islam sememangnya dituntut untuk menyempurnakan jenazah dalam keadaan sesempurna mungkin tetapi perkara tersebut tidak pula menghalang kita untuk melakukan kebaikan dengan melakukan pendermaan organ kepada insan memerlukan.

Mynewshub mendapatkan pencerahan daripada duta personaliti pendermaan organ iaitu penyanyi dan pencipta lagu berunsur ketuhanan, Hafiz Hamidun berkaitan perkara ini.

“Dari sudut agama memang kita kena sediakan jenazah dalam keadaan paling sempurna yang kita boleh capai. Tapi seperti yang kita tahu, selepas meninggal dunia terdapat tiga kebaikan yang akan dibawa bersama, salah satunya ialah amal jariah.

“Pendermaan organ boleh dikatakan sebagai salah satu jariah yang kita lakukan kerana ia membawa kebaikan iaitu kelangsungan hidup insan yang lebih memerlukan organ daripada penderma,” ujarnya.

Begitu pun tambah Hafiz, sekiranya pendermaan organ boleh mendatangkan mudarat kepada si mati yang sudah berikrar menjadi penderma, maka proses pendermaan tidak seharusnya dilakukan kerana dibimbangi ia lebih mendatangkan keburukan daripada manfaat.

Mengikut hukum Islam, pendermaan organ diharuskan kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa individu yang menghidap penyakit kritikal serta kronik agar dapat meneruskan hidup.

“Isu ini telah pun dibahaskan oleh para ulama majlis fatwa yang mengatakan, pendermaan organ adalah harus yang bermaksud apabila kita buat tak jadi masalah, kalau tak buat pun tiada masalah.

“Kalau lebih bawa kebaikan ianya diharuskan tetapi kalau menimbulkan mudarat kepada jenazah pastinya proses itu (pendermaan organ) tidak boleh dilakukan (mengikut hukum Islam),” jelasnya.

hafiz1
Hafiz Hamidun

Boleh Derma Kepada Bukan Islam

Mengulas tentang kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu beragama Islam yang masih ramai menganggap pendermaan organ satu perkara taboo, Hafiz mengatakan situasi perlu dilihat dari sudut sekiranya diri sendiri atau pun ahli keluarga terdekat yang memerlukan pendermaan organ untuk meneruskan hidup.

“Masyarakat perlu tahu dengan terperinci supaya derma organ tak dilihat sebagai sesuatu yang taboo kepada keluarga penderma.

“Derma organ ini bukan ketika sudah meninggal dunia sahaja boleh dilakukan, pelbagai aspek pendermaan boleh dilakukan antaranya menderma darah serta transplan kulit.

“Ianya juga tidak jadi masalah sekiranya organ anda didermakan kepada orang bukan Islam kerana yang penting kebaikan yang kita bawa sampai kepada insan memerlukan,” katanya.

hafiz2
Hafiz menggunakan laman sosial untuk menyebarkan maklumat tentang pendermaan organ.

Sebagai selebriti, pastilah pengaruh seseorang yang dikenali ramai seperti Hafiz dapat menyebarkan lagi kesedaran tentang isu pendermaan organ dan tisu terutama dalam kalangan peminat di laman sosial.


Ramai Masih Keliru

Tidak menafikan kenyataan itu, Hafiz turut berpendapat pendedahan di laman sosial merupakan salah satu medium terbaik untuk memberikan informasi berguna secara terus.

“Saya tak boleh paksa orang menderma organ tetapi kita boleh timbulkan kesedaran, pada saya media sosial platform paling utama kemudian kita libatkan kempen-kempen kecil berkaitannya.

“Target saya adalah belia dan remaja sebab mereka adalah orang yang aktif selain ianya merupakan salah satu tanggungjawab sosial untuk meyakinkan mereka menyertai kempen ini.

“Daripada pemerhatian, ramai orang masih keliru untuk menderma organ kerana risau mendapat tentangan ahli keluarga. Macam saya yang berikrar untuk jadi penderma organ, ianya merupakan keputusan peribadi tetapi ahli keluarga diberitahu mengenai keputusan itu.

“Apabila kita buat sesuatu dengan rela, kita akan rasa ikhlas melakukannya dan lebih diberkati,” katanya.

Hafiz menambah, Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) ada menyediakan khidmat konsultansi daripada pakar-pakar yang boleh dijadikan sumber rujukan untuk mendapatkan sebarang maklumat mahupun khidmat nasihat.

Antara syarat diperlukan untuk menjadi pengikrar penderma organ, seseorang individu itu mestilah berusia 18 tahun ke atas serta telah mengesahkan tahap kesihatan ketika melengkapkan borang berkaitan.

Untuk sebarang informasi lanjut, anda boleh layari laman web www.dermaorgan.gov.my atau hubungi NTRC di talian 03-26810681/26810682 atau talian bebas tol 1800-08-9080.
MYNEWSHUB.CC 

https://www.youtube.com/watch?v=qG8HcwP-1Pc

Oleh:  JULIANA JOHAR & SARA KHALID

Foto/Video:  RIZA RAZAK 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori