Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penyusutan Mata Wang Bukan...

KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata...

Penunggang Motosikal Maut Rempuh...

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh bahagian sisi sebuah kenderaan...

Bekalan Air Di Kolam...

SHAH ALAM - Bekalan air di kolam takungan perkhidmatan di daerah Petaling, Hulu...

Tulang Tertanam Sedalam 0.61...

PUTRAJAYA - Impak daripada kebakaran dan hempasan semasa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS)...

Hafiz Suip Bakal Bertunang 27 Februari Ini

PENYANYI Hafiz Suip mengesahkan dia bakal mengikat tali pertunangan dengan teman wanita yang sudah dikenali sejak dua tahun, Effy pada 27 Februari ini.

Menurutnya, majlis pertunangan itu bakal dijalankan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak.

Memetik Sinar Harian, “sebenarnya 21 Disember lalu saya telah menghantar rombongan merisik ke rumahnya. InsyaAllah, jika tidak ada apa-apa halangan, kami bertunang Februari ini di mana ia dijalankan sempena sambutan hari lahir saya”.

hafiz

hafiz1


Penyanyi berusia 25 tahun ini juga mengatakan tempoh pertunangan mereka mungkin mengambil masa selama setahun untuk memberi peluang kekasihnya menamatkan pengajian terlebih dahulu.

“Kalau ikutkan hati saya sendiri tidak mahu bertunang lama-lama. Tapi saya hormati dia dan pada masa yang sama mahu beri ruang kepadanya,” katanya.

Tahniah buat Hafiz dan pasangan, semoga hubungan bakal dimeterai kelak berkekalan sehingga ke pelaminan. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori