Susulan ura-ura mengatakan Hanez Suraya dan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha masih berpacaran dan bakal mengikat tali pertunangan Sabtu ini, pelakon itu akhirnya membuat kenyataan menerusi Harian Metro.
Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat tidak menjawab gosip tersebut, sebaliknya lebih kepada jawapan selamat iaitu ‘no komen’.
(BACA: Hanez Suraya Dan Romie Masih Bercinta, Bakal Bertunang?)
“Minta maaf banyak-banyak saya tak nak komen dan tak berani nak cakap apa-apa mengenai hal peribadi selepas macam-macam kes sebelum ini.
“Tunggu sajalah nanti masa yang sesuai. Buat masa ini saya sudah serik berkongsi hal peribadi kepada umum. Lihat sajalah apa yang berlaku pada kerjaya saya sebelum ini apabila cerita peribadi ini mengaburi hal kerjaya.
“Jadi saya ambil keputusan untuk kunci mulut saja daripada bercakap apa-apa sekarang. Harap semua pihak menghormati pendirian saya,†katanya.
Pada masa sama, Romie juga enggan memberi penjelasan atas alasan mahu menjaga hati keluarga.
Hmm, ada baiknya juga kalau Hanez dan Romie tidak mahu memberi kenyataan.
Sebab peminat mungkin sudah agak ragu untuk mempercayainya kerana sebelum ini Hanez pernah memberitahu dia dan ahli perniagaan itu sudah berpisah.
Tup-tup keluar pula gambar terbaru bersama!
Apapun , kalau benar mereka bakal bertunang, tahniahlah ya… – MYNEWSHUB.CC
(BACA: Jangan Ditanya Pasal Romie Lagi – Hanez Suraya)
https://www.youtube.com/watch?v=2debhv3YW2o
Oleh: ELZA