Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Insurans Kesihatan Untuk Pekerja...

IPOH - Skim Insurans Kesihatan Sukarela (VHIS) yang akan diperkenalkan tahun depan akan...

Ophellia Moden Dan Obsesi...

DALAM drama Hamlet, Shakepeare menulis kisah wanita malang yang mengemis cinta lelaki sampai...

Bot Tunda Karam Di...

Sebuah bot tunda  karam di Sungai Yangtze di timur China wilayah Jiangsu semalam...

Cukai SST Naik, Peniaga...

MELAKA - Peniaga negeri ini termasuk peniaga bazar Ramadan diberi amaran untuk tidak...

Hanis Zalikha Tak Mahu Majlis Kahwin Konsep Kebaratan

SEPERTI yang semua tahu, kisah hubungan cinta di antara pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kini sudah pun mula memasuki fasa baharu apabila mereka kini sudah merencana perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Namun, Hanis mengatakan, dia menginginkan satu majlis perkahwinan yang tidak terlalu mengambil konsep kebaratan seperti mana yang menjadi trend sekarang.

“Cukup majlis nikah diadakan di rumah keluarga saya di Bukit Jelutong dan paling penting makanan yang dijamukan kepada tetamu kena sedap. Biar tetamu yang datang puas hati dan tersenyum. Lagipun saya ini memang jenis kaki makan. Jadi bab makanan itu sangat penting.

“Hanya majlis resepsi saja berkemungkinan besar diadakan di hotel. Ikutkan hati nak nikah pakai songket tapi jenis kain itu akan buat saya cepat berpeluh kalau majlis nikah dibuat di rumah. Saya juga impikan bunga manggar diarak dari kaunter pengawal hingga ke rumah,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.


Hanis turut berkata, majlis perkahwinan mereka berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun ini juga namun sehingga kini perbincangan di antara kedua-dua belah pihak masih belum dapat dilakukan kerana kesibukan kerja masing-masing.

Ahad lalu, Hairul membuat kejutan melamar Hanis pada konsert akhir Gegarvanza yang mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada kalangan pemerhati industri hiburan tempatan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori