DI SEBALIK musibah banjir yang melanda dengan dahsyat negeri Kelantan baru-baru ini, terselit hikmah apabila dapat dilihat, terdapat ramai rakyat Malaysia yang begitu baik hati menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa terlibat.
Antaranya termasuklah sekumpulan rider terdiri daripada peminat motosikal klasik yang telah konvoi beramai-ramai ke salah satu kawasan paling teruk terjejas banjir iaitu di Manek Urai bagi menyalurkan sumbangan.
Difahamkan, konvoi yang bermula dari  Tanjung Karang, Selangor pada 5 Januari lalu selamat tiba di Kelantan keesokan harinya.
Apa yang menarik, kesemua sukarelawan terlibat menaiki motorsikal klasik Yamaha RXZ dan RXK yang sarat dengan pelbagai barangan bagi membantu saudara-saudara kita di Kelantan.
Gambar di bawah jadi bukti niat suci murni mereka itu.
Tahniah rider-rider sekalian di atas usaha yang dilakukan untuk mangsa banjir yang di dalam kesusahan. Ini baru otai sebenar! -MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=32mpEy9sJ6c
Oleh: hzqahmd