Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kuih Akok Popular, Tetapi...

BESUT – Akok merupakan kuih tradisional yang popular dalam kalangan penduduk Pantai Timur...

Mohd Azrif Janji Pamer...

MELAKA - Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, yang membuat penampilan sulung bersama Johor...

2 Pusat Pemindahan Banjir...

BANDAR BAHARU - Dua pusat pemindahan banjir di daerah ini yang menempatkan 119...

Peluncur Hilang Kaki Dibaham...

PERTH - Seorang peluncur air berada dalam keadaan kritikal selepas jerung membaham kakinya...

Hanya Jaga Keselamatan, Bukan Tawan Bangunan – Pemuda MIC

SUSULAN insiden kemunculan kira-kira 20 individu tak dikenali yang menghalang sidang media oleh Naib Presiden MIC, Datuk S. Saravanan di ibu pejabat parti itu Rabu lalu, Pemuda MIC berkata mereka hanya bertindak mengambil alih urusan menjaga bangunan itu.

Tegas mereka ia hanya bertujuan memelihara keselamatan bangunan dan anggota parti, bukannya untuk ‘menawan’ dan mengunci ibu pejabat parti itu seperti yang dicanangkan.

[BACA INI JUGA: Kemulut Makin Meruncing, BN Akan Panggil Pemimpin MIC]

p2 MICC_c1309906_15129_996

Memetik kenyataan Ketua Pemuda MIC C. Sivarraajh mereka tidak pernah menghalang mana-mana orang awam, anggota MIC mahupun staf yang bekerja di situ daripada memasuki bangunan.

Malah, operasi pentadbiran di bangunan tersebut yang terletak di Kuala Lumpur dikatakan berjalan seperti biasa.

Memetik kenyataannya seperti yang disiarkan Bernama, “Kami (Pemuda) tidak menghalang sesiapa untuk memasuki bangunan ini. Kami hanya berada bagi tujuan keselamatan ahli-ahli MIC.


“Kami juga tidak mengunci pintu utama bangunan ini. Sejak kami mengambil alih menjaga keselamatan kami juga menyediakan makanan kepada semua staf yang bekerja di bangunan ini.”

Selain itu Sivarraajh berkata, beliau telah menulis sepucuk surat kepada presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berhubung keputusan menjaga keselamatan bangunan yang berusia 69 tahun itu.

Mereka bersedia untuk menyerahkan kembali tugas menjaga keselamatan bangunan tersebut hanya jika Palanivel mampu memberi jaminan keselamatan anggota parti tersebut yang berurusan di situ. -MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Rasmi S.Saravanan Di Sidang Media Di Ibu Pejabat MIC Rabu Lalu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori