Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mahathir, Abe Adakan Pertemuan...

TOKYO - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat mengadakan pertemuan dua...

AKSEM Rampas Rokok Tak...

ALOR SETAR -Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kuala Kedah menahan seorang lelaki dan merampas rokok...

Orang Asli Hilang Di...

MELAKA - Pemuda Orang Asli yang dilaporkan hilang di Empangan Jus Batang Melaka,...

SPRM Lancar Strategi Antirasuah...

JAKARTA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melancarkan Strategi Antirasuah Nasional 2024-2029...

Harga Minyak Turun Tak Jamin Harga Barang Pun Turun – FOMCA

Penurunan terbaharu harga minyak pada 1 Januari 2015 bukan satu jaminan bahawa harga barang keperluan asas seperti makanan dan kos sara hidup turut turun.

Menurut Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman, ia berikutan sikap peniaga di Malaysia yang lebih mengutamakan keuntungan perniagaan daripada kepentingan pengguna.

fomca_Mohd_Yusof_Abdul_Rahman

Katanya, kes sama yang pernah terjadi dahulu membuktikan penurunan harga bahan bakar itu tidak akan mempengaruhi peniaga untuk turut sama menurunkan harga jualan mereka.

Sekiranya melihat kepada sejarah sebelum ini, apabila harga minyak turun, harga barang tidak akan turun kerana kebanyakan peniaga lebih berorientasikan keuntungan.

“Tap apabila harga petrol dan diesel naik sendikit, dengan pantas mereka menaikkan harga barangan.”

Pada masa sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, sesetengah peniaga diibaratkan seperti ‘dijangkiti virus’ yang menyebabkan mereka sukar untuk menurunkan harga jualan.

PPIM_Datuk_Nadzim_Johan


Tambahnya, golongan tersebut boleh dianggap sebagai penjahat kerana sudah tidak memiliki sifat rasional untuk menurunkan harga barangan setelah kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga minyak.

Oleh itu, tabiat buruk yang diamalkan oleh peniaga-peniaga tersebut telah merosakkan masyarakat dan juga negara kerana hanya memikirkan soal untung tanpa memikirkan keluhan rakyat di luar sana.

“Apabila kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan pada 1 April nanti, belumpun ia dilaksanakan mereka telah menaikkan harga barang dan ini yang saya katakan sebagai penjahat itu tadi.”

Lantaran itu beliau menggesa kerajaan menggunakan Akta Persaingan dan meminta Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) supaya bertindak tegas dalam soal ini.

Ujarnya, akta tersebut merupakan solusi tepat untuk mengawal mereka yang memiliki kuasa monopoli dalam pasaran daripada berterusan menindas pengguna.

“Saya harap tahun 2015 ini membuka lembaran baru kepada pengguna dan meminta segelintir para peniaga di luar sana supaya usahlah menipu para pengguna.”
MYNEWSHUB.CC

Luahan Hati Peniaga Tempatan Tentang Lambakan Peniaga Asing Di Kuala Lumpur

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori