Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mujahid Ada Kaedah Kurang...

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Seri Dr....

Gerakan Mahu P.Pinang Utamakan...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri pimpinan DAP sepatutnya memberi keutamaan kepada masalah paling...

Misteri Sebiji Kek Helah...

SUDAH menjadi kebiasaan dengar kisah majikan bertindak kasar dengan pekerja terutamanya pembantu rumah.Namun...

UMNO Sudah Di Hujung...

1. SEJARAH terpahat pada 9 Mei lalu dan apa yang terjadi sudah sebati...

Hasrat Penumpang Bawa Bakso Ikan Ke Singapura Tak Tercapai

Sekurang-kurangnya 100 bungkus bakso ikan dan pelbagai makanan ringan khas dari Kota Malang dibawa bersama oleh Samuel Joyo Sentoso, 45, dalam penerbangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Malangnya, hajat pemilik kedai pakaian kanak-kanak itu untuk menghadiahkan kesemua ole-ole itu kepada saudara-mara isterinya di Singapura tidak kesampaian apabila pesawat itu terhempas di perairan berhampiran Pangkalan Bun, Ahad lalu.

Samuel, isterinya, Kartika Dewi, 40, dan anak tunggal mereka Yontan Subastian, 12, dipercayai turut terkorban bersama 162 penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Lebih menyedihkan, ini merupakan kunjungan Samuel yang pertama ke Singapura.

“Dia membawa banyak ole-ole dengan harapan dapat menggembirakan saudara di sana.

“Sebelum mereka berangkat, saya ajak mereka berdoa agar selamat sampai. Samuel melakukannya walaupun teksi sudah menunggu.

“Saya pasrah…Tuhan pasti punya rencana,” ujar ibunya, Yunyin kepada Detiknews.com.


Menurutnya, Samuel seorang yang pemurah dan sentiasa prihatin terhadap orang lain.

Ketika kejadian, dua lagi saudaranya iaitu Monita Wahyuni dan Darmaji juga turut serta dalam penerbangan itu. – MYNEWSHUB.CC

(BACA: Jenazah Hayati Lutfiah, Pertama Diserahkan Kepada Keluarga)

https://www.youtube.com/watch?v=uvO6Cb2qcio

Oleh: ELZA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori