Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Calon Bebas Bidas Anwar,...

KUALA LUMPUR - Pendokong gerakan BERSIH yang juga calon Bebas bagi Pilihan Raya...

MPP PKR Tampil Kritik...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akur dengan keputusan Sultan Selangor, Sultan...

Dewan Rakyat Bukan Forum...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Dewan Rakyat...

Ronaldo Utamakan Kejayaan Berbanding...

TURIN - Cristiano Ronaldo yang secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain baharu Juventus berkata...

Hentikan Perjuangan Yang Sia-Sia – Nasihat Bekas Mak Nyah

Golongan Mak Nyah yang sedang giat berusaha menuntut agar hak mereka dilindungi dinasihatkan bertaubat dan berhenti memperjuangkan perkara yang sia-sia kerana ia tidak membantu mereka keluar dari masalah itu.

Itulah nasihat diberikan oleh seorang bekas Mak Nyah yang kini bergelar penceramah motivasi dan seorang guru.

Mohd Khariri Mohamad Ramli, merupakan bekas Mak Nyah menasihat golongan itu supaya berhenti kerana tiada gunanya mereka mengheret kes ini sampai ke mahkamah.

“Hentikanlah perjuangan yang sia-sia ini, bagi saya tiada gunanya jika mereka mengheret kes ini ke mahkamah, kerana ia tidak mampu menjernihkan keadaan sebaliknya ibarat mimpi ngeri kepada semua golongan mak nyah di Malaysia.

MENARIK – Seksyen 66 Terbatal, Kemenangan Untuk ‘Mak Nyah’ Nogori

“Malaysia sebuah negara Islam, masyarakat memang akan menentang golongan transgender dan ini hanya akan menjejaskan reputasi dan nama baik negara ini,” katanya menurut laporan Mstar Online.

Dalam laporan berkenaan, beliau memberikan reaksinya berhubung kes transgender melibatkan tiga orang jurusolek lelaki Muslim yang berpakaian seperti wanita membawa isu ke mahkamah atas alasan hak mereka untuk berlagak seperti wanita.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa membenarkan permohonan rayuan kerajaan Negeri Sembilan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kebenaran transgender lelaki Islam mengenakan pakaian perempuan.

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif ketika membuat keputusan membenarkan pihak perayu mengemukakan hanya satu persoalan undang-undang dalam rayuan kes berkenaan.

Persoalan yang perlu dihujah ialah sama ada Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bertentangan dengan Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.


Seksyen 66 memperuntukkan kesalahan seorang lelaki Islam berpakaian atau berlagak seperti wanita di tempat awam mengikut undang-undang Islam.

Sementara itu peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak sebagai ketua peguam mewakili Kerajaan Negeri Sembilan ketika ditemui di luar mahkmah berkata pihaknya diberi tempoh selama sebulan bagi tujuan pengurusan kes sebelum rayuan difailkan di Mahkamah Persekutuan.

Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dibuat oleh tiga juru mekap pengantin Islam, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 dan mengisytiharkan seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman tiga orang itu supaya seksyen 66 berkenaan diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan. – MYNEWSHUB.CC

Dokumentari Berkenaan Mak Nyah – Halalkah Aku? (Bahagian 1)

Dokumentari Berkenaan Mak Nyah – Halalkah Aku? (Bahagian 2)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori