Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mesin Bantuan Hayat Yazit...

KUALA LUMPUR - Abang kepada pemain dram Search Yazit Ahmad iaitu Zahid Ahmad...

Baju Wany-Haqiem Dikecam, Mirol...

PEREKA muda, Mirol kesal apabila pakaian yang dipakai penyanyi, Wany Hasrita dan Haqiem...

Khidmat TMJ Sebagai Presiden...

BENTONG - Khidmat dan sumbangan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Program Pembangunan Peneroka Diperluas

KUALA LUMPUR - Program Pembangunan Peneroka (PPP) menerusi projek pertanian dan ternakan akan...

Hentikan Segera Pembalakan Di Kelantan

KUALA LUMPUR – Hentikan serta merta aktiviti pembalakan di Kelantan!

Mendesak demikian, Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN Darul Naim) berkata, ini untuk mengelak berlakunya kejadian banjir yang lebih buruk pada masa hadapan.

Presiden PAKATAN Darul Naim Datuk Dr Noordin Abdul Razak berkata kerajaan negeri perlu mengesan mereka yang melakukan operasi pembalakan yang tidak terkawal itu hingga menyebabkan banjir buruk baru-baru ini.

“Kerajaan negeri perlu selidik siapa punca yang melakukan pembalakan ini semua dan mesti memberikan hukuman setimpal kepada pihak yang terlibat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa majlis pelancaran Tabung Bencana PAKATAN Darul Naim yang disempurnakan Kerabat DiRaja Kelantan, Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abd Halim Sultan Ibrahim.


Noordin turut mencadangkan supaya dilakukan tanaman semula di kawasan yang telah digondol selain mendalamkan sungai di negeri itu.

Tabung bencana itu diwujudkan dengan kerjasama Pertubuhan Kerabat DiRaja Kelantan Al-Muhammadi dan kutipan awal bagi tabung berkenaan telah mencecah kira-kira RM50,000.

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun ‘Tabung Bencana Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim’ di nombor 5640-7060-9764. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori