Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anggota URB Cedera Dirempuh...

KEMAMAN - Seorang anggota Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Kemaman cedera akibat dirempuh Mat...

Manchester United Untung RM125...

LONDON - Manchester United dijangka mengumumkan rekod pendapatan kelab, hari ini yang difahamkan...

Tuhan Tidak Sanggup Potong...

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP Selangor, Teresa Kok Suh Sim pernah 'berdebat' tentang...

Muhyiddin Saman Anwar Isu...

KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan saman terhadap Datuk Seri Anwar...

Hiba.. Mayat Ditemui Sepatutnya Sambut Hari Jadi Hari Ini

Kerjasama dan kerja keras yang ditonjolkan oleh anggota pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi pencarian mangsa pesawat AirAsia Indonesia wajar dipuji.

Apatah lagi, empat daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat itu ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) daripada TLDM.

Antara mayat yang berjaya ditemui dan dikenal pasti ialah Kevin Alexander Soetjipto, 20, berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui dalam dompet mangsa.

QZ8501-KD-Lekir-mayat-M

Lebih memilukan, mayat lelaki yang ditemui itu sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 hari ini.

Seperti satu ketentuan, mayat Kelvin ditemui oleh kru KD Lekir kira-kira jam 9 pagi semalam.

Penemuan mayat nahas pesawat itu disahkan sendiri oleh Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.


Sementara itu, berita penemuan mayat Kevin yang juga merupakan penuntut Universiti Monash mengundang simpati rakan-rakannya di laman rasmi Facebook institusi pengajian itu.

Manakala penemuan tiga mayat lagi berjaya dikesan di kawasan pencarian Sektor 4 SAR, antara Gosong Aling dan Tanjung Puting, di Selat Karimata oleh kru KD Pahang kira-kira pukul 4.30 petang.

Selain daripada mayat, sebuah gelongsor kecemasan milik pesawat berkenaan turut ditemui kru KD Lekir di kawasan perairan yang sama.- MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO PENEMUAN MAYAT MANGSA NAHAS Q8501
https://www.youtube.com/watch?v=sOprBXsdil4
https://www.youtube.com/watch?v=NN3x2mxXnVc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori