SEPERTI kita tahu Pak Nil atau nama sebenarnya Datuk Aznil Hj Nawawi merupakan seorang hos popular.
Atas dasar sayangkan bidang pengacaraan dia berusaha melahirkan pelapis yang diharapkan mampu mengembalikan kegemilangan dunia pengacaraan seperti pernah dikecapnya sebelum ini.
Namun semalam Pak Nil telah memuatnaik satu status di laman sosial yang kedengaran seperti dirinya sedang geram dengan salah seorang protegenya yang dikatakan sudah mula ‘sombong dan bongkak’ dengan kerjaya mereka.
Siapalah pula yang dah buat Pak Nil marah sampai tidur dalam keadaan menangis ni?
Kalau diikutkan bukan sedikit anak didik Pak Nil kerana pengacara berusia 53 tahun itu pernah mendidik peserta program realiti On Air musim pertama dan kedua.
Buat anak didik yang ditujukan pesanan ‘maut’ ini, harap-harap dirinya dan Pak Nil dapat bersemuka dan meluahkan isi hati masing-masing daripada saling sindir-menyindir di media sosial pada kemudian hari.
Rasanya tak salah kalau pengacara muda itu ambil langkah dulu dengan bertemu Pak Nil, pastinya ‘kemarahan’ mentor anda itu bersebab kan? -MYNEWSHUB.CC