Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Bocor Maklumat, SPRM...

SUSULAN pengumuman pihak polis untuk menangguhkan siasatan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Perjanjian Sokong Kerajaan Perpaduan...

PUTRAJAYA - Menjelang usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Korea Selatan Haram Kopi...

TEGAS... Korea Selatan mengharamkan penjualan kopi di sekolah-sekolah di merata negara itu dalam...

Petani Perlu Guna Teknologi...

BAGAN SERAI - Kerajaan negeri Perak meminta petani di negeri ini supaya menggunakan...

Hospital Klang Cari Waris Pesakit, Mayat

KUALA LUMPUR – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor sedang mengesan waris seorang pesakit warga emas yang dirawat di hospital itu sejak 7 Disember lalu.

HTAR dalam satu kenyataan media memberitahu, pesakit yang dikenali sebagai Tan Yoke Lai dibawa ke hospital tersebut dengan ambulans untuk menerima rawatan.

“Pesakit dimasukkan ke wad perubatan (7A) melalui panggilan ambulans ini tidak pernah dilawati oleh sesiapa atau waris. Pesakit juga tidak dapat memberi sebarang maklumat mengenai keluarganya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 03-3375 7000 sambungan 1190,” kata kenyataan itu hari ini.


HTAR turut memaklumkan sedang mengesan waris satu mayat lelaki bernama Murugan berusia 45 tahun yang meninggal dunia pada 17 November lalu.

Turut dicari adalah waris mayat lelaki berketurunan India yang tidak mempunyai pengenalan diri dan meninggal dunia pada 5 Disember lalu.

“Kedua-dua mayat masih belum dituntut di Jabatan Forensik HTAR yang boleh dihubungi melalui talian 03-3375 7000 sambungan 1305/1306,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori