Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Askar Cedera Kena...

Kuala Terengganu - Tiga anggota Batalion 18 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Kem...

Mangsa Banjir Kembali Meningkat...

MIRI - Jumlah mangsa banjir di Sarawak kembali meningkat kepada 234 orang daripada...

Wanita Kerugian RM5,050 Ditipu...

KUANTAN – Bimbang dengan dakwaan mempunyai waran tangkap dan asetnya akan dibeku, seorang...

Kerajaan Perhalusi Kaedah Penyaluran...

TUARAN - Kerajaan Persekutuan akan memperhalusi kaedah untuk menyalurkan wang royalti minyak kepada...

Ibu Sirul Tak Percaya Dia Bersalah, Harap Anak Tak Ke Tali Gantung

KUNJUNGAN beberapa pemimpin PAS ke rumah keluarga Koperal Sirul Azhar Umar membawa kepada keluarnya cerita, ibu Sirul membayangkan anaknya tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Saaribuu.

Memetik laporan Harakah Daily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar dan beberapa ahli jawatan kuasa parti telah berkunjung ke rumah keluarga Sirul di Changkat Jering, Bukit Gantang pada Isnin.

Mereka dikatakan ke sana untuk meninjau keadaan keluarga Sirul setelah dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah lalu bertemu dan berbual dengan ibunya, Piah Samat, 74.

Ketika perbicaraan kes berlangsung sebelum ini, PAS dan Pakatan Rakyat pernah mendesak agar Sirul dan Azilah dikenakan hukuman berat atas tuduhan membunuh Altantuya.

Pas juga pernah meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan awal mahkamah membebaskan kedua-dua anggota polis berkenaan manakala pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain telah mengambil inisiatif mendapatkan kenyataan daripada bapa wanita Monggolia tersebut untuk dijadikan bahan mengutuk kerajaan.

Bagaimanapun dalam kunjungan semalam Mahfuz melihat kes ini dari sudut sebaliknya pula apabila melaporkan ibu Sirul telah memberi bayangan seolah-olah anaknya itu tidak bersalah sebaliknya menjalankan tugas sebagai anggota polis sahaja.

Ibu Sirul didakwa turut berkata, walaupun mendapat sokongan masyarakat namun ada juga pihak menyebarkan khabar angin tak elok mengenai anaknya hingga dia malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling.


“Tetapi ada juga yang kata macam-macam. Ada yang kata dia sudah kena bayar sedangkan dia tidak dapat apa pun, hingga makcik jadi malu hendak jumpa orang.

“Tidak henti-henti Allah beri ujian kepada makcik, lepas setahun adik dia meninggal dunia akibat kemalangan, makcik terima pula khabar dia,” kata Piah, seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Ibu Sirul dikatakan amat berharap mahkamah dapat membebaskan anaknya yang dijatuhi hukuman mati dalam kes berkenaan.

Kami faham dengan nilai kasih seorang ibu namun persoalannya jika benar Sirul tidak bersalah, mengapa lari daripada tindakan undang-undang sampai ke Australia?

Apa pun Sirul sudah ditahan pihak berkuasa Australia dan tidak kira di Malaysia mahu pun sana, mahkamah mungkin patut memberi peluang kepada dia untuk menjawab erti tindakannya itu. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori