Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Tahniah Kontinjen...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengucapkan...

KAFA Bantah Penjadualan Semula...

KUALA LUMPUR - Penasihat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa...

Tren Korea Selatan Masuki...

AKHIRNYA... Buat pertama kali dalam masa lebih sedekad, sebuah kereta api Korea Selatan...

22 NGO Bantah Pelaksanaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah rancangan kerajaan PAS...

Iklim Utara AS Tidak Mesra, Ramai Penduduk Pindah Ke Selatan

WASHINGTON – Iklim sejuk yang makin tidak mesra penduduk di beberapa buah negeri di utara Amerika Syarikat (AS) mendorong ramai rakyatnya berhijrah ke negeri-negeri di selatan yang lebih hangat dan menawarkan peluang ekonomi lebih baik.

Agensi berita antarabangsa Reuters semalam melaporkan, tahun 2014 merupakan tahun paling ramai warga AS berhijrah dari satu negeri ke negeri lainnya dengan fokus utama perpindahan adalah negeri-negeri di bahagian wilayah selatan dan barat daya.

Dalam laporan terbaharu, perpindahan paling banyak dilakukan penduduk Illinois dengan 1,372 perpindahan disusuli Pennsylvania, New York, Michigan dan New Jersey sekali gus menjadi 5 negeri paling banyak ditinggalkan untuk 5 tahun berturut-turut.

Pakar ekonomi Universiti California Los Angeles, Michael Stoll berkata, ia menggambarkan trend jangka panjang apabila negeri di selatan dan barat daya jadi tumpuan utama kerana harga rumah lebih murah, iklim lebih mesra dan peluang pekerjaan stabil.


Oregon merupakan negeri selatan paling banyak dituju penduduk dari bahagian utara, disusuli dengan South Carolina, North Carolina, Vermont dan Florida manakala negeri-negeri lain ialah Texas, Florida, Arizona, South Carolina dan Colorado.

“Trend menunjukkan perpindahan besar-besaran sejak 2010 lalu kerana beberapa alasan termasuk faktor cuaca yang lebih hangat dan jaminan pendapatan selepas persaraan,” ujar pakar ekonomi dari firma penyelidikan Allied Van Lines, Lesli Bertoli. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori