Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Syed Zaid Albar Dilantik...

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid...

Dipukul Abang OKU Kerana...

Ampang Jaya : Hanya kerana menolak permintaan abangnya yang juga orang kurang upaya...

Cadangan Kaji Undang-Undang Lapuk...

KULAI - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan cadangan untuk...

Kerajaan Selangor Bakal Penuhi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia...

Indonesia Enggan Dedah Laporan Awal Nahas AirAsia

Pihak berkuasa Indonesia tidak akan mendedahkan laporan awal tragedi nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas serta membunuh kesemua 162 penumpang di dalamnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia, Tatang Kurniadi, sebagaimana dilaporkan straitstimes.com.

Pasukan penyiasat Indonesia, dijangka akan menyerahkan laporan awal nahas berkenaan yang melibatkan pesawat Airbus A320-200 itu kepada Persatuan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) awal minggu depan.

MENARIK – QZ8501 : BASARNAS Sahkan 53 Mayat Ditemui Setakat Ini

Di bawah peraturan ICAO, laporan awal mesti disiapkan dan diserahkan dalam masa 30 hari selepas sesuatu nahas berlaku.

QZ8501 terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lepas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Siasatan mendapati ketika penerbangan pesawat itu menghadapi cuaca buruk.


Media pada Selasa melaporkan, pesawat itu yang dipandu oleh Kapten Iriyanto terhempas selepas cuba mendaki dengan kelajuan lebih tinggi sebelum berada dalam keadaan pegun dan terhempas.

“Pada saat-saat akhir, pesawat itu terbang mendaki dengan kelajuan yang berbeza dari normal,” kata sumber.

Dalam satu taklimat di Parlimen Indonesia, data radar mendedahkan pesawat itu pada satu ketika mendaki dengan kelajuan 6,000 kaki seminit sebelum terhempas. -MYNEWSHUB.CC

Gambaran Nahas Pesawat AirAsia QZ8501

http://youtu.be/_yq_OWBWxfo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori