Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Suspek Culik & Paksa...

SEORANG individu berusia 22 tahun yang dipercayai suspek culik seorang kanak-kanak lelaki berusia 7...

Kanak-Kanak Maut Selepas Disambar...

MIRI – Niat memancing serta mandi bersama rakan untuk mengisi masa lapang semasa...

Hanya 212,834 Pengundi Pos...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat sehingga empat juta...

Polis Pantau Pengaruh Daesh...

LABUAN - Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Awang Sahari Em Hadzeer mengingatkan anggota...

Institut Baitulmal Tawar Biasiswa Untuk Mangsa Banjir Belajar

Bagi mereka yang merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari keluarga kurang berkemampuan serta terjejas akibat banjir, Insitut Profesional Baitulmal (IPB) bersedia menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke institut itu.

Melalui laman sosial Facebook hari ini, IPB mengumumkan perkara itu agar dapat disebarkan kepada orang ramai khususnya mangsa banjir yang tidak berkemampuan.

MENARIK – Kutipan Zakat 2013 Cecah RM2.2 Bilion – Jamil Khir

“Biasiswa ini tidak melihat kepada pencapaian semata-mata dalam SPM, tetapi biasiswa ini diberikan khusus buat anak-anak keluarga yang kurang berkemampuan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan di laman sosial oleh pihak Institut Profesional Baitulmal (IPB) berkenaan tawaran biasiswa.
Kenyataan di laman sosial oleh pihak Institut Profesional Baitulmal (IPB) berkenaan tawaran biasiswa.

Menurut IPB, usaha itu yang dilakukan oleh mereka diharapkan dapat meringankan sedikit kesusahan dan penderitaan yang mereka alami akibat banjir.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lepasan SPM yang menepati kriteria yang dicari oleh IPB, bolehlah menelefon Ketua Pegawai Eksekutif IPB Dr Syed Omar di talian 012-6299845.


Bulan lepas beberapa negeri di Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang dilanda banjir yang buruk dengan lebih 100,000 orang terjejas dan terpaksa dipindahkan.

Negeri lain yang turut dilanda banjir di Semenanjung Malaysia ialah Johor, Negeri Sembilan dan Perak manakala di Sabah juga terdapat kejadian banjir berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Video Institut Profesional Baitulmal

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori