Wah, jika benar apa yang dilaporkan oleh Cik Pang menerusi akhbar Metro Ahad mengenai kehamilan pelakon Lisa Surihani, tahniah kami ucapkan.
Kami yakin, para peminat ‘Malaysian Sweetheart’ ini juga turut teruja mendengar perkhabaran ini biarpun pelakon itu enggan memberikan sebarang komen mengenainya.
Laporan tersebut turut menyebut, Lisa mungkin tidak mahu isu tersebut dicanangkan kerana ia masih lagi di peringkat awal.
Pada masa yang sama, ada juga cakap-cakap yang mengatakan cerita kehamilan itu tidak boleh diberitahu secara terbuka kerana dia sudah menandatangani kontrak bersama pihak Astro.
Senang cerita, pengumuman akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen itu.
Apapun, hanya tuan empunya badan sahaja yang lebih mengetahui kesahihan cerita ini.
Jika tidak benar sekalipun, kami dan para peminat akan terus berdoa agar Lisa dan suaminya, Yusry akan dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA