Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pakatan Harapan Tanya Apa...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mempersoalkan apa lagi yang kaum Melayu mahukan di...

MU Lamar Zainal

KUALA LUMPUR - Bekas pengendali Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan kian hampir mengisi...

Remy Elak Jawab Soal...

KATA orang dalam tempoh pertunangan pasti akan hadirnya ujian berat bagi pasangan yang...

Bukan Trend Untuk BN...

LUNDU (Sarawak) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Isu Peluk Ifa: Hisyam Hamid Akan Lebih Hati-Hati

GANDINGANNYA bersama Ifa Raziah pada konsert akhir Gegar Vaganza minggu lalu turut memalit kontroversi pada pelakon Hisyam Hamid apabila aksi berpeluk mereka tidak disenangi lantas ditegur oleh juri jemputan, Rosyam Nor.

Mengakui langsung tidak terfikir keadaan akan menjadi kecoh disebakan hal itu, Hisyam berkata dia ikhlas melakukannya demi kerja dan berpaksikan dasar profesionalisme sebagai seorang pelakon.

“Alhamdulillah, isteri dan peminat faham apa yang saya lakukan. Pada awalnya bimbang juga tetapi ramai menerimanya dengan hati terbuka dan tidak mengecam sesuka hati.

“Saya lihat Ifa pun sudah memuat naik permohonan maaf di laman Instagram. Saya harap semua faham dan memberi peluang kepada saya,” kata Hisyam kepada sebuah akhbar tempatan.


Sehubungan itu, Hisyam menyatakan kontroversi ini akan dijadikan pengajaran buatnya agar lebih berhati-hati dengan segala tindak tanduk selepas ini.

Konsert akhir Gegar Vaganza minggu lalu menyaksikan enam finalis berentap hebat iaitu Ifa Rafiah, Ayai Ilusi, Haleeda, Rahmad Mega, Mamat Exist dan Fazli Zainal.

Keputusan menyaksikan Ayai Ilusi berjaya bergelar juara manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi Haleeda dan Mamat Exist. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori