Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Indonesia Arah Pesakit Omicron...

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia bakal mengarahkan pesakit Covid-19 yang dijangkiti varian Omicron untuk...

Masyarakat Orang Asli Aring...

GUA MUSANG - Kira-kira 300 keluarga masyarakat Orang Asli di Kampung Aring 5...

Mahkamah Benar Perokok Cabar...

TUJUH individu bertindak mewakili diri sendiri dan perokok yang menyokong usaha Pro-Tem Pertahankan...

Pasukan Pembelaan Najib Gagal...

KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Isu Tunggakan Gaji Pemain Perlis Selesai

PETALING JAYA – Isu tunggakan gaji selama lima bulan melibatkan 12 pemain Perlis akhirnya diselesaikan menerusi satu perjumpaan tertutup antara pemain terbabit dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini hari ini.

Sebelas orang daripada 12 pemain terbabit yang hadir pada perjumpaan itu, termasuk kapten skuad ‘Singa Utara’ Khairi Zainuddin, bersetuju dengan bayaran tunggakan gaji yang bakal dilunaskan kepada mereka menerusi FAM.

Pengerusi Jawatankuasa Status FAM Datuk Takiyuddin Hassan berkata pemain import Dao Bakary yang tidak dapat hadir pada perjumpaan hari ini telah menghantar khidmat pesanan ringkas dan bersetuju dengan proses penyelesaian tunggakan gaji itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan barangan kepada negeri pantai timur yang terjejas dengan bencana banjir di Wisma FAM, di sini yang turut dihadiri Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata dua lagi pemain Perlis, iaitu Fazuan Abdullah dan Mohd Arfan Rashid, hanya layak menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana mengalami kecederaan untuk tempoh panjang.

“Memandangkan dua pemain ini mencarum dalam Perkeso, maka mereka layak mendapat pampasan atas kecederaan yang mereka alami dan tanggungjawab PFA bagi membayar gaji dua pemain ini dianggap selesai.

“Apa yang saya boleh umum untuk kebaikan semua pihak, penyelesaian bagi masalah ini adalah satu amaun yang tidak dinyatakan telah dipersetujui pihak yang terlibat, dan kami (FAM) catat dalam rekod,” kata Takiyuddin.

Dalam pada itu, Presiden PFA Datuk Rozabil Abdul Rahman memberi jaminan bahawa 11 pemain berkenaan akan menerima bayaran gaji masing-masing yang dibayar menerusi FAM dan berharap supaya isu berkenaan tidak dipanjangkan.

“Pemain terlibat akan menerima bayaran masing-masing secepat mungkin. Dana ini adalah daripada duit poket kami sendiri,” katanya.


Rozabil turut merayu agar kerajaan negeri Perlis dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh pengurusan pasukan bagi menghadapi saingan Liga FAM 2015.

Beliau berkata: ” Pasukan ini bukan beraksi atas nama individu tetapi atas nama negeri Perlis, jadi saya harap kerajaan negeri dapat melihat masalah (kewangan) yang dihadapi oleh PFA.”

Khairi, yang berterima kasih dengan FAM kerana berjaya menyelesaikan masalah berkenaan tanpa sebarang masalah, berkata: “Ini satu berita yang baik kepada para pemain yang sudah menunggu sekian lama untuk menerima gaji masing-masing dan ia boleh dianggap sebagai hadiah tahun baharu.”

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Profesional Malaysia, Izham Ismail yang hadir pada perjumpaan itu, turut memuji FAM yang berjaya menyelesaikan isu berkenaan.

Pfam yang ditubuhkan secara rasmi pada September 2009 berperanan sebagai sebuah persatuan yang melindungi kebajikan para pemain bola sepak tempatan dari segi kontrak dan gaji.

Pada majlis berkenaan, sejumlah lima tan barangan berupa keperluan dapur, barangan bayi dan air mineral bakal dihantar ke negeri-negeri pantai timur yang terjejas dengan banjir menggunakan pesawat Firefly selama dua hari bermula hari ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gaji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori