Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Suspek Rampas MT Orkim...

SENAI - Lapan suspek kes rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony Jun tahun...

Bekas Askar Dapat Zakar...

BEKAS askar yang cedera akibat terkenan bom ketika berkhidmat di Afghanistan, kini menjadi...

Nancy Kempen Guna Bahasa...

SADONG JAYA - Memasuki hari ketujuh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon...

Lions Clubs Anjur Perarakan...

TAMPIN - Bagi memupuk semangat cintakan negara, Lions Clubs Tampin hari ini menganjurkan...

Jabatan Meteorologi Kesan Ribut Tropika Mekkhala

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengesan ribut tropika kuat (Mekkhala), kira-kira 1,154 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah, jam 5 pagi tadi.

Dalam amaran kategori ketiga, jabatan itu berkata ribut yang bergerak ke arah Barat-Barat Daya berkelajuan 15 kilometer sejam (kmsj) itu membawa angin kencang timur laut dengan kelajuan 60kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang dan Palawan dan dijangka berterusan sehingga Selasa (20 Januari).

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menurut satu kenyataan jabatan itu hari ini.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kategori kedua dengan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Kuching , Labuan dan Sulu juga dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran untuk perairan di Malaysia bagi kategori kedua dengan angin kencang timur laut berkelajuan 50-60kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutun Labuan juga berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut jabatan itu, keadaan itu selain berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai juga akan menyebabkan kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Isnin ini (19) Januari).


Jabatan Metereologi juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan).

Angin kencang Timur Laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berterusan sehingga Selasa (20 Januari) dan keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, jabatan itu turut menjangkakan ribut petir di perairan Sarawak (Kuching, Mukah dan Bintulu) sehingga lewat pagi ini yang disertai angin kencang berkelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 4.5m dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai.

Keadaan yang sama dijangka turut berlaku di perairan Selangor dengan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 3.5m. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ribut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori