Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelajar Lelaki Meninggal Akibat...

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki dari Politeknik Kulim berusia 18 tahun meninggal...

Marquez Juara GP Jerman...

SACHSENRING - Pelumba Honda Marc Marquez menjulang kejuaraan Grand Prix Jerman kali kesembilan...

AHB: PM Mahu Bumiputera...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa golongan bumiputera...

Liza Hanim Nafi Bakat...

PERNAH popular suatu ketika dahulu dengan lagu Ku Idamkan Rindu, nama Liza Hanim...

Jika Diluluskan… Merotan Anak Bakal Jadi Satu Jenayah

HUKUMAN merotan untuk mendidik anak-anak sememangnya sudah sinonim dalam masyarakat kita sejak dulu lagi.

Namun, kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 mungkin bakal mengubah kebiasaan tersebut.

Ia ekoran cadangan menjadikan hukuman rotan sebagai satu kesalahan dalam akta tersebut yang bakal dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Menurut Rohani, kerajaan tiada pilihan kerana Malaysia adalah antara negara yang sudah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

CRC ditubuhkan untuk mempertahankan suara kanak-kanak dan akta yang melibatkan golongan itu perlulah selari dengannya.

Pada masa sama, beliau meminta agar masyarakat mengambil iktibar kes membabitkan pasangan Malaysia yang dikenakan hukuman di Sweden kerana kesalahan merotan sebelum ini.

Menerusi The Rakyat Post, Rohani memaklumkan bentuk hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak masih dalam perbincangan.

“Kalau kita tengok Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001, boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Jadi, kalau akta baru nanti mungkin lebih berat atau kita tambah untuk lakukan kerja kemasyarakatan untuk jadikan mereka lebih sedar serta insaf.


“Bagi Seksyen 33 pula, ibu bapa atau penjaga melakukan kesalahan dan jika sabit boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Susulan kenyataan itu, orang ramai mula memberi pelbagai pendapat menerusi laman sosial.

Rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menganggap hukuman rotan ringan mampu memberi pengajaran kepada anak-anak.

rotan 1

rotan 2

Apapun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan pastinya akta baharu yang akan digubal nanti sudah mengambil kira setiap sudut positif dan negatifnya. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori