Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tentera M’sia & Indonesia...

PONTIANAK – Seramai 13 pegawai daripada Briged Ketiga Infantri Malaysia dan 20 pegawai...

Video Penguatkuasa MBI Tembak...

IPOH – Satu rakaman video menunjukkan tindakan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)...

Dadah Yang Membantu Menumbuhkan...

CANGGIH... Menurut kajian yang dilakukan oleh portal NewsWeek, rata-rata sebanyak 86 peratus orang...

Tentera Ikrar Bersama SPRM...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini...

Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir, Henti Sebar Berita Palsu

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia seharusnya menjaga sensitiviti mangsa banjir dan bukannya menyebarkan berita palsu sehingga menjadi viral di media sosial mengenai bencana alam yang melanda beberapa negeri khususnya di Pantai Timur.

Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman, berkata rakyat sebaliknya harus bersatu membantu mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.

“Jangan kita melukakan (mangsa banjir) di saat mereka menghadapi musibah banjir, kita pula menambah perkara yang boleh menimbulkan kerisauan dan kecemasan kepada mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan Kembara Jalinan Kasih Sukarelawan Komuniti 1Malaysia (K1M) Pasca Banjir, Jabatan Penerangan di Bangunan Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Ibrahim turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita yang tersebar di media sosial.

“Semak dahulu sama ada ia daripada sumber yang sahih atau tidak,” katanya menambah bahawa jabatan itu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau penyebaran berita palsu di laman sosial.


Beliau berkata, Jabatan Penerangan akan memperbetulkan berita palsu berkenaan dan menyalurkan maklumat yang lebih tepat dan terkini seperti soal keselamatan, keadaan jalan dan juga bantuan yang disampaikan kepada mangsa banjir.

Katanya, terdapat sebanyak 13 bilik media di lokasi banjir yang menyalurkan maklumat terkini berkenaan keadaan banjir kepada pihak media agar masyarakat mendapat maklumat yang sahih.

Menerusi Kembara Jalinan Kasih Sukarelawan K1M, Ibrahim mengetuai kembara itu yang disertai 160 sukarelawan dengan 26 kenderaan, tiga lori dan sebuah van, akan ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Selain melakukan gotong-royong membersihkan pejabat Penerangan daerah, dewan orang ramai, sekolah, masjid dan rumah penjawat awam yang terjejas banjir, kembara itu juga akan menyampaikan sumbangan dan bantuan serta khemah kepada mangsa banjir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori