Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1,213 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu positif Covid-19 dalam negara pada hari ini mencatatkan...

Gadis Jadi Macam Zombie...

SEORANG gadis yang mempunyai paras rupa yang cantik bertukar wajah seperti zombie selepas...

AAB Laksana CSR Bantu...

GERIK - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) hari ini menyumbang sebanyak 300 beg...

Anggota Bomba Muhammad Adib...

KUALA LUMPUR – Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera dalam insiden...

Jakarta ‘Juara’ Bandar Raya Paling Tak Selamat Di Dunia

JAKARTA – Ketika Presiden Indonesia, Joko Widodo ‘gembira’ menyambut pemerintahan beliau yang baharu berusia 100 hari pada Rabu, ibu kota negara terbesar rantau Asia tenggara itu mendapat berita buruk paling ‘memalukan’ tahun ini.

Majalah berpengaruh antarabangsa, The Economist juga pada Rabu menerbitkan artikel terkini menamakan Jakarta sebagai bandar paling tidak selamat di dunia dalam senarai 50 kota terbesar menerusi Indeks Bandar Raya Selamat 2015.

Kedudukan itu hasil penyelidikan Unit Perisikan The Economist (EIU) melibatkan 40 petunjuk kualitatif dan kuantitatif mengikut pebagai tema antaranya tahap keselamatan digital, kesihatan, prasarana awam dan persepsi penduduk.

Indikator penilaian itu juga meliputi kos perbelanjaan masyarakat dalam isu keselamatan dan kadar kemalangan jalan raya selain usaha pihak berkuasa tempatan mengurus bajet secara kreatif bagi mewujudkan suasana persekitaran bandar selamat.

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang terkejut dengan laporan The Economist namun secara profesional mengakui bandar dihuni lebih 10 juta orang itu belum lagi ideal selamat untuk didiami walaupun oleh penduduk asalnya sendiri.

“Justeru, kami rancang memasang lagi 2,500 unit CCTV (kamera litar tertutup) sepanjang tahun ini khasnya di lokasi ‘panas’, bahkan laporan polis menunjukkan 213 daripada 100,000 warga Jakarta jadi mangsa penjenayah tahun 2014,” kata beliau.


Ibu negara Jepun, Tokyo muncul sebagai bandar paling selamat di dunia diikuti Singapura namun, tiada bandar dari Malaysia termasuk dalam senarai tersebut, manakala ibu kota ASEAN lain cuma Bangkok ada dalam indeks untuk kedudukan ke-39. – Agensi

(Infografik ringkas indeks 50 bandar raya selamat terbitan The Economist)

10 Bandar Raya Paling Selamat:
1. Tokyo, Jepun
2. Singapura
3. Osaka, Jepun
4. Stockholm, Sweden
5. Amsterdam, Belanda
6. Sydney, Australia
7. Zurich, Switzerland
8. Toronto, Kanada
9. Melbourne, Australia
10. New York, Amerika Syarikat

10 Bandar Raya Paling Tidak Selamat
41. Istanbul, Turki
42. Delhi, India
43. Moscow, Rusia
44. Mumbai, India
45. Mexico City, Mexico
46. Riyadh, Arab Saudi
47. Johannesburg, Afrika Selatan
48. Ho Chi Minh City, Vietnam
49. Teheran, Iran
50. Jakarta, Indonesia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori