Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

K’jaan Janji Serah Laporan...

Kerajaan berjanji untuk menyerahkan laporan sulit mengenai kehilangan Pastor Raymond Koh kepada keluarganya...

2 Pekerja Pembersihan Maut...

IPOH - Dua pekerja pembersihan sebuah syarikat swasta maut selepas terjatuh ke dalam...

Lupa Beza Sunnah &...

KUALA LUMPUR - Kegagalan Tun Dr. Mahathir Mohamad membezakan antara sunat (sebagai salah...

“Kerja Dari Rumah, Gaji...

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia menegaskan bayaran gaji bagi pekerja di kawasan...

JAKIM Tak Minat Nak Berdebat Dengan Eric Paulsen

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada masa ini tidak berminat mengambil peluang yang diberikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk berdebat dengan Pengasas Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.

Menurut Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha, sekarang bukan masanya untuk berdebat kerana pihak polis masih dalam proses menyiapkan kertas siasatan ke atas Eric.

“Dia sepatutnya tidak menggunakan debat sebagai peluang untuk menidakkan siasatan. Selesaikan dulu perkara ini di mahkamah,” kata Othman menurut laporan Agenda Daily.

BACA JUGA – Eric Paulsen, JAKIM Ditawar Peluang Berdebat Di TV

Sementara itu, pihak Eric menyatakan persetujuan terhadap cadangan dikemukakan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan berkata, berdebat mengenai beberapa perkara memang baik walaupun jarang sekali agensi kerajaan menerimanya.

Ahmad Shabery mencadangkan debat secara live antara Eric dengan Jakim pada Rabu, kerana berasakan Eric perlu diberi ruang untuk menjelaskan lebih lanjut berkenaan tweet yang dibuatnya.

“Eric perlu jelaskan kepada orang ramai mengenai kenyataannya di Twitter yang begitu pendek, tak semestinya dalam TV tapi kalau ada stesen yang ingin benarkannya.

“Saya rasa tak ada masalah dan setuju kalau JAKIM kata “Ok kita berbahas” dan minta Eric datang ke stesen TV, beritahu apa yang dimaksudkan dengan kenyataannya bahawa JAKIM menggalakkan keganasan melalui khutbah setiap Jumaat,” kata Ahmad Shabery.


Eric pada Jumaat minggu lepas telah mengkritik jabatan agama itu di laman Twitter dengan menyifatkannya menyemai faham ekstrem pada setiap Jumaat melalui teks khutbah.

Bagaimanapun, kenyataan di Twitter itu segera dipadamkannya selepas dibidas banyak pihak.

Ekoran tweet kontroversi berkenaan, Eric ditahan polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas ada laporan polis dibuat mengenainya.  – MYNEWSHUB.CC

Cadangan Ahmad Shabery Untuk Eric Dan JAKIM Berdebat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori