Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Peruntuk RM1.2b Tambah...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disediakan peruntukan berjumlah RM1.2...

Perubahan Drastik, Datuk Ramli...

SEJAK kebelakangan ini, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad sering pula ditegur oleh beberapa...

Harga Siling Ayam, Telur...

KUALA LUMPUR - Harga siling RM9.40 sekilogram bagi ayam bulat segar tempatan,...

Proses Pengundian Awal PRN...

KOTA KINABALU - Proses pengundian awal melibatkan anggota polis, tentera dan pasangan mereka...

Jamal Sedia Bantu Zamani Pulih Dari Ketagihan Dadah

JIKA menyentuh tentang raja pop Malaysia Datuk Jamal Abdillah, pasti ramai masih ingat bahawa pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir ini pernah menggemparkan dunia hiburan dengan isu penyalahgunaan dadah suatu ketika dahulu.

Kini Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali tampil menyatakan hasrat bersedia membantu vokalis kumpulan Slam, Zamani untuk mendapatkan rawatan bagi memerangi masalah dadah yang dihadapinya.

images (1)

Jamal dilaporkan berkata kepada Harian Metro, “Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah).”

Tambah Jamal, Zamani dikenali ramai jadi dia mungkin tidak selesa jika beritanya mendapatkan rawatan di pusat pemulihan tertentu mendapat perhatian.


Atas dasar pernah mengalami masalah serupa, pelakon filem Azura ini memberitahu dia mengenali beberapa pihak tertentu yang boleh merawat ketagihan dadah dan lokasinya agak tertutup.

Bagus juga kalau Zamani boleh temui Jamal untuk berbincang cara terbaik selesaikan masalahnya.

Sebagai rakan seni, pasti Jamal mahukan yang terbaik buat Zamani agar dia tidak terus dibelenggu masalah dadah yang boleh menghancurkan karier dan masa depannya.

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori