Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pemandu Dipenjara Guna Lambang,...

IPOH – Seorang pemandu dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari...

2 Maut Pengebom Nekad...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya dua maut manakala 13 lagi cedera dalam serangan pengebom nekad...

Assalamualaikum… Pakcik Cari Siapa?

Isu pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah bukanlah isu baru. Jika dibincangkan punca...

Seorang Penuntut Kolej Vokasional...

KUALA PILAH - Seorang penuntut Kolej Vokasional Juasseh maut manakala tiga rakannya parah...

Jangan Sebar Maklumat Salah Tentang Keadaan Nik Aziz

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai keadaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, orang ramai tidak sepatutnya menyebarkan berita tidak benar yang sengaja direka.

“Macam-macam berita tentang keadaan Tuan Guru (Nik Abdul Aziz). Tolong update keadaan sebenar. Rakyat perlu tahu dan jangan ada yang cuba mereka-reka atau menyebar berita tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar menegaskan semua pihak tidak patut mensensasikan keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS itu bagi menghormati perasaan ahli keluarganya.

Mynewshub semalam melaporkan Nik Abdul Aziz terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Keriang, Kelantan akibat tahap kesihatan yang semakin merundum.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori