Jenazah penumpang pesawat AirAsia QZ8501, Allahyarham Hayati Lutfiah Hamid yang juga jenazah pertama dibawa keluar dari kawasan pencarian telah pun diserahkan kepada keluarganya.
Gambar beberapa anggota tentera mengusung keranda dengan namanya tertera di bahagian kepala dipaparkan kebanyakan media Indonesia dan antarabangsa hari ini.
Sementara itu, Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini dilaporkan pengsan di Pusat Krisis nahas pesawat AirAsia QZ8501 di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya kerana terlalu penat membantu ahli keluarga mangsa di sana, menurut laporan  Channel News Asia.
Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes akan mengiringi jenazah pramugari Khairunnisa Haidar Fauzi ke kampung halamannya di Palembang sebaik urusan berkaitan mengenalpasti jenazahnya selesai.
MENARIK – Tony ‘Tweet’ Bangga Semangat & Ketabahan Kru AirAsia
Hari ini hari kelima operasi pencarian serpihan pesawat dan mayat mangsa tragedi itu dan dilaporkan pasukan penyelamat sukar membawa keluar mayat kerana keadaan laut yang berombak dan angin kencang.
Pesawat AirAsia Indonesia itu ketika kejadian membawa 155 orang penumpang bersama tujuh anak kapal terhempas di Selat Karimata ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya.
Operasi pencarian kini tertumpu kepada mengesan mayat penumpang dan kru untuk dibawa keluar ke Pangkalan Bun dan seterusnya diterbangkan ke Surabaya untuk proses mengenalpasti identiti.
Selain itu, pasukan penyiasat Indonesia dengan dibantu penyiasat dari Perancis dan Singapura juga menjalankan tugas mengesan lokasi bangkai pesawat AirAsia dan juga kotak hitam (perakam data penerbangan) untuk menjalankan siasatan mengenalpasti punca pesawat Airbus A320-200 itu terhempas.
Difahamkan, ketika penerbangan itu juruterbang Kapten Iriyanto cuba terbang menaik bagi mengelakkan cuaca buruk dalam laluannya. – MYNEWSHUB.CC
DISYORKAN BACA : Dua Mayat Nahas AirAsia Akan Diserah Kepada Waris
Video Berkaitan Khairunnisa Haidar FauziÂÂ
http://youtu.be/Xhw_74Kkbv4